maafkan aku..
kekadang aku xsedar melukakan hatimu sahabat..
aku alpa..hanya memikirkan perasaan sendiri saja..
aku sedar..aku xsempurna..aku sering kali melakukan kesilapan...
mungkin tanpamu sahabat aku tiada siapa-siapa disini..
mungkin tanpamu sahabat aku keseorangan menjalani kehidupan disini..
mungkin tanpamu sahabat aku xmengenal erti persahabatan..
mungkin tanpamu sahabat aku kecundang menghadapi setiap masalah yang mendatang..
Sahabat..
hadirnya engkau dalam diri ini amat aku hargai..
engkau selalu ada ketika aku susah dan senang..
pengorbanan yang engkau berikan sebagai sahabat cukup bermakna buat diriku..
aku memohon maaf andai kata aku sengaja atau tidak sengaja menyakitikan hatimu sahabat..
engkau lah sahabat aku dunia akhirat..
engkau sentiasa disampingku walau sekadar menjadi peneman disisi..
walau hanya menjadi pendengar setia disisi ini..
amat aku hargai kehadiranmu disisiku ini..
Sahabat..
andai kata suatu hari nanti ditakdirkan kita berpisah..
biarlah ajal maut yang pisahkan kita..
aku tidak mungkin selalu ada disisi mu namun engkau selalu ada di hatiku ini..
aku sayang mu sahabat kerana Allah taala..
semoga persahabatan kita kekal dunia akhirat..
semoga persahabatan kita diberkati oleh Nya..Aamiin..


Tiada ulasan:
Catat Ulasan