Jumaat, 19 April 2013

Wanita


Ketika Allah menciptakan wanita,
Malaikat datang dan bertanya, “Mengapa begitu lama, Tuhan?”

Tuhan menjawab, “Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?”

Dua tangan mesti dibersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh digerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan…
Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya…
Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan…
Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini…

Malaikat menjawab, “Hanya dengan dua tangan ini?”

“Tetapi…Engkau membuatnya begitu halus & lembut”

“Ya…, AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa”

“Apakah dia mampu berfikir?” Tanya Malaikat

Tuhan menjawab, “Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya.

Malaikat itu menyentuh dadanya,
“Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya”

“Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga”

“Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan”

“Ya….., Harus…!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki…

Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri…

Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit…
Mampu tertawa saat hatinya menangis…
Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya…
Dia boleh melawan ketidakadilan…
Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia…
Hatinya terluka saat melihat kesedihan…
Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka…
“CINTANYA TANPA SYARAT”

Malaikat sangat kagum, “Lalu apa kekurangannya?”

Tuhan menjawab, “Hanya satu hal…Dia terkadang lupa betapa berharganya dia”


c/p:dri hamba Allah ^_^
Terima kasih Ya Allah kerana menjadikan hambamu ini seorang wanita T_T

Selasa, 16 April 2013

SESEKALI

Hal kisahnya......
SEDIH

Kalu xbergaduh xsah kan..
tiap bulan mesti da SESEKALI bergaduh..
boleh tahan jgk kali nie bergaduh..smpai nk dot..dot..malas nk taip.. huhu
bila ingat balik..perasaan rasa bercampuq aduk bagai..hmm
pape pun nie semua ujian..
adatla bila makin kenal seseorang..

selagi kita boleh bertolak ansur..
selagi kita boleh berbincang secara baik2
insyaAllah..ada jalan penyelesaiannya..

adat la kan kalu bercinta..

kepada awak tersayang..
minta maaf bukan sengaja hendak menangis..
untuk minta simpati atau belas kesian dr awak..
tp dh memang sifat semula jadi seorang perempuan yg mudah tersentuh..
jujur sy katakn..bila perempuan dh sayang dgn seseorang,amat mudah sekali air mata mengalir bkn utk meraih simpati bagai..tp dh memang itu sifat Allah anugerah kn..


awak..
sy amat sayangkn hubungan nie
sbb awak la antara lelaki yg pertama diterima baik oleh keluarga utk sy berkawan..
antara kebanyakkan kwan lelaki, awak lah orgnya..sy hargai sgt2 hubungan nie..
sy cuba selagi boleh utk menjaga nya..sbb tu bila bergaduh sy xnk gaduh lama2.. tp
andai kata takdir dh menentukan segala2nya..sy akn redha..tp selagi sy boleh cuba tuk perbaiki hubungan nie sy harap awk pun sama2 begitu.. sy akan cuba tidak mengalah..

awak..
kalu boleh sy xnk sia2 kn hubungan cinta kita (perghhh...ayat bunga..hehe)
bukan mudah nk binanya kn.. byk cabaran n halangan.. sy xnk dgn mudah ia musnah..
doa sy semoga hubungan kita diredhai Allah..semoga kita dapat menempuh segala ujian yg  mendatang..semoga hubungan kita hingga ke jinjang pelamin..amin (xkisahla da kata gatai ke apa tp itula harapan seseorg perempuan bila dh brjumpa dgn org yg dia betoi2 sayang..termasuk ceq..huhu)
biar jauh di mata asalkn dekat dihati..biarla org nk kta apa..asal kn masing2 sentiasa menjaga diri n hati masing2..menjaga kesetiaan..kejujuran dan kepercayaan sesama..


dh la..
xnk panjang2..sayu lak hati nie bila ingatkn kembali..
cuma..da pengajaran yg sy dpt kongsikan

 -cuba tuk fahami orang tersayang..sentiasa memahami antara satu sama lain.
- sentiasa berfikiran positif..setiap yg berlaku semua nya bersebab..


yang penting skali menjaga hubungan baik dengan Allah..insyaAllah Allah akn menjaga hubungan baik kita sesama manusia ^_^