Rabu, 1 Ogos 2012

Jodoh..

Jodoh itu penuh MISTERI..

apabila semakin dikejar, semakin dia berlalu pergi.. apabila kita hanya menanti.. usahkan hadir, bayangnya juga belum pasti.. kadangkala antara jodoh dan nafsu, kita sering terkeliru.. adakah dia jodoh yang ditunggu, ataupun dia sekadar menyapa sambil berlalu.. kadangkala hadirnya tidak disangka, rupa-rupanya dia lah jodoh untuk kita..

resam jodoh, manisnya dapat mendamaikan hati.. pahitnya dapat menghancurkan diri.. misterinya dia hanya ALLAH sahaja yang MAHA MENGETAHUI..

apabila dia sudah menyapa dan bertakhta di hati, jodohkah namanya?







“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.” Surah ke 36. Ayat ke 36.






Isnin, 30 Julai 2012

Keegoan..

EGO??
yea ego...
tula sikap yang tinggi dalam diriku ini..
aku memang ego... ego yang kadang kala baik dan kadang kala memakan diri sendiri
dah berapa ramai insan disampingku katakan padaku 'ego ku terlalu tinggi '
Yap...aku tidak menafikan hakikat itu..
memang aku sedar ego aku memang tinggi..sampaikan si dya pun katakan padaku..
tapi bukan aku tidak cuba berubah.. aku cuba..tapi masih juga ego..
manusiakan..tidak boleh serta merta berubah dalam sekelip mata..
aku cuba dan terus mencuba tapi masih juga degil..
kekadang aku terfikir..salahkah aku?
buntu rasanya fikiran nie..huhu..
apa2 pun aku cuba untuk tidak putus asa..
chaiyok..chaiyok..

Semoga aku berjaya mengatasi sikap ego yang terlalu tinggi dalam diri ini..amin :)

Perbezaan

BEZA LELAKI & PEREMPUAN....

Perempuan...
senang dipujuk tapi susah memujuk,
senang moody tapi susah mengamuk,
senang jatuh hati tapi susah nak mencintai,
senang menangis tapi susah derita,
senang dimengerti tapi susah difahami.

Lelaki...
susah untuk difahami tapi senang memahami,
susah untuk menyayangi tapi mudah mencintai,
susah untuk memarahi tapi mudah menegur,
susah untuk setia tapi mudah bertahan,
susah untuk menangis tapi mudah tersentuh.

....yang sama hanya EGO...





ego kekadang baik kekadang tidak baik :)

Khamis, 26 Julai 2012

Tangisan

Tangisan merupakan rahmat yang Allah ciptakan didalam hati hambaNya. 

Rasulullah bersabda: “tidak ada sesuatu yang lebih dicintai Allah daripada dua titisan iaitu titisan airmata kerana takut padaNya dan titisan darah yang mengalir dijalanNya (Jihad) (HR, At-Tirmidzi).





Jumaat, 20 Julai 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak


Alhamdulillah


tetapi Andai.......

Andai ini ramadhan terakhir.
Apa mungkin hari raya akan terlintas dibenak kita?
Andai ini ramadhan terakhir.
Adakah kita masih akan sibuk memikirkan juadah berbuka puasa setiap hari?
Andai ini ramadhan terakhir.
Mampukah lagi, kita tidur lena diulit mimpi seperti ramadhan yang lalu?
Andai ini ramadhan terakhir.
Adakah tahap puasa kita hanya sekadar menahan lapar dan dahaga?
Andai ini ramadhan terakhir.
Pasti kita mahu menjadikan ramadhan ini moment terindah dalam hidup kita.
Andai ini ramadhan terakhir.
Tentunya kita mahukan pencapaian yang paling cemerlang untuk dibawa pulang.
Andai ini ramadhan terakhir.
Kita pasti mahu merebut peluang terakhir ini sebaik-baiknya.
Kita tak tahu,
adakah ini ramadhan terakhir atau akan adakah lagi ramadhan yang akan datang.
Namun yang pasti, tidak siapa dapat menjamin, kita akan bertemu ramadhan akan datang.
Muhasabahlah kembali,
Berapa ramai insan disekeliling kita yang dipanggil pulang sebelum sempat bertemu ramadhan kali ini..?
Tidak takut dan bimbang kah?
Andai ini ramadhan terakhir…..”
ya Allah, andai ini ramadhan terakhirku,
bantulah aku melaluinya dengan sebaik-baiknya.
"salam ramadhan buat semua kenalan dan teman yg mengenali diri ini..ampun dan maaf dipinta sekiranya diri ini ada melukakan hati insan2 skeliling..buat makayah dan adikbradik di kg..kita hnya merancang Allah yg menentukan...andai ini ramadhan atau raya terakhir diri ini meraikannya bersama kalian atau andai diri ini tidak berkesempatan utk pulang meraikannya bersama kalian..ampunkanlah dosa2ku dan halalkanlah makan minumku dan segala hutangku..besarnya pengorbanan dan jasa kalian hnya Allah yg dpt membalasnya..salam ramadhan^_^ "





cc to my sis Nurul...terima kasih diatas kata-katamu..ianya ckup berkesan pada diriku ini :) Semoga ramadhan kali ini lebih diberkati...Amin

Khamis, 16 Februari 2012

Berhabuk sudah..

Assalamualaikum..
lamanya xcoret conteng kt cnie
besala stdy lg...bdk lg (ahaha..perasan muda)
padahal xingt password..-_-" lala
nasib la terINGAT jgk nie..hehe
haishhh...
berhabuk..berdebu blog ceq nie..hehe
Ya Allah..dh masok tahun 2012 dh pun..
rasa bru semlm je ceq bru mula berblogger..huhu
cepat betoi masa berlalu..hmm
dan... sepanjang masa yg berlalu..
telah berlaku pelbagai ujian n dugaan oleh Maha Pencipta untuk mnguji para hambaNya nie..
ada kisah suka dan ada juga kisah sedih.. huahua..
apa2 pun syukur alhamdulillah aku dpt mgharunginya dgn izin Nya..
(sayu plak hati nie tetiba jeeeeeeeeeeee...huhu)