Ahad, 21 Ogos 2011

~Dugaan ~

Penyakit....
apa yang korang faham tentang penyakit? 0_o
seperti ramai yang tahu penyakit ialah dimana 
keadaan tidak normal pada badan atau minda yang menyebabkan ketidakselesaan.
Kadang kala istilah ini menerangkan kecederaan, kecacatan, sindrom dan simptom.
Kini makin banyak penyakit yang merebak di kalangan manusia, pelbagai jenis penyakit timbul sejak akhir2 ini.Pelbagai langkah juga yang di ambil oleh kita untuk mencegahkannya kan.

nak kongsi sedikit maklumat tentang penyakit ini kerana ceq sendiri jugak mengalami penyakit nie..
nak tau penyakit apa... korang pernah dengar tidak penyakit Tiroid atau juga disebut penyakit kanser tekak.
Mungkin sesetengah dari korang tidak tahu kan..Ceq alami lama dah penyakit nie, kadang2 ceq sendiri pun terlupa yang sebenarnya ceq ada penyakit.Terdetik nak kongsi pun sebab baca paper hari nie terkeluar maklumat tiroid nie..huhu

Meh cetengok dan cebaca ^_^
nie gambaran tentang tiroid 

Tiroid ialah organ yang terletak di leher manusia. Ia berfungsinya untuk mengeluarkan hormon. Antara hormon yang terpenting ialah T3 (triiodothyronine) dan T4 (thyroxine).Kedua2 hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.
Dalam keadaan normal pengeluaran T4 sekitar 80% dan T3 15%. Sedangkan yang 5% adalah hormon-hormon lain seperti T2.


Antara orang-orang yang berisiko menghadapi masalah penyakit kelenjar tiroid ialah:
  • Perempuan
  • Genetik
  • Mengidapi sakit pituitari atau endokrin yang lain
  • Usia lebih 60 tahun
  • Merokok

Ada dua jenis penyakit tiroid yang utama:
  • Hipertiroid
 ~ Kadar hormon tiroid yang berlebihan dan terlalu aktif dikenali sebagai hipertiroid. Biasanya ia disebabakan penyakit auto imun manakala badan manusia pula menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid. Hipetiroid berlaku apabila kelenjar tiroid berfungsi terlalu aktif dan menghasilakan terlalu banyak hormon tiroksin.
  • Hipotiroid
 ~ Hipotiroid disebabkan penyakit auto imun dan selepas seseorang menjalani pembedahan pembuangan tiroid atau mengambil radioatif iodin. Ia berlaku kerana kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik disamping tidak mampu dihasilkan secukupnya.


Dalam kes hyperthyroidism / thyrotoxicosis, hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :
  • Grave's disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan
  • Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri
  • Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan

    Tanda-tanda orang yang menghidapi hyperthyroidism:

    * Bengkak di leher
    * Cirit birit
    * Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
    * Haid tidak teratur, haid kurang atau tidak datang
    * Kesuburan turun
    * Konsentrasi kurang
    * Kulit lembap
    * Lemah
    * Mata menjadi besar (bulging)
    * Mood yang tidak menentu
    * Muscle cramp
    * Nervous dan gelisah
    * Oesteoporosis (kereputan tulang)
    * Pengeluaran peluh banyak / bertambah
    * Rambut tidak kuat
    * Suhu badan naik
    * Sukar bernafas
    * Sukar tidur
    * Tak tahan panas
    * Tekanan darah naik
    * Tremor (menggeletar)
    * Turun berat badan walaupun selera naik


    Tanda-tanda orang yang menghidapi hypothyroidism:

    * Badan rasa lemah
    * Daya ingatan menurun
    * Hilang deria rasa dan bau
    * Kadar pengepaman jantung perlahan
    * Kulit jadi kuning - lesu, pucat
    * Kulit kering
    * Masalah kesuburan
    * Menjadi pekak, tinitus (telinga berbunyi)
    * Muscle cramp dan bengkak
    * Myxedema - cecair keluar ke tisu menyebabkan puffiness (terutamanya di muka)
    * Pendarahan haid banyak (heavy period)
    * Percakapan lambat
    * Pertambahan berat badan
    * Rambut gugur
    * Rasa mengantuk
    * Rendah nafsu seks
    * Sakit kepala
    * Sembelit
    * Suara menjadi serak
    * Tak tahan sejuk


    Wokey.. dah baca kan..tula serba sedikit maklumat yang dapat ceq kongsikan, semoga korang semua mendapat serba sikit maklumat tuk pengetahuan korang dan dikongsikan bersama sanak saudara. Mungkin mak ayah,abang kakak, kawan-kawan atau pun saudara mara sekalian.
    Semoga kita semua tidak leka dengan semua nie,walaupun kita menganggap penyakit yang dialami tidak merbahaya tetapi jangan sekali-kali kita ambil mudah dengan penyakit yang kita alami. Cubalah ikhtiar walau macam mana sekali pun..mungkin dengan cara perubatan moden ataupun perubatan tradisional sekali pun kerana setiap penyakit pasti ada penawarnya. Insya Allah..
    yang menyembuhkan adalah hak ALLAHs.w.t. Kita sebagai hambaNya hanya mampu berusaha,berdoa dan bertawakal.

    Jangan mudah putus asa yea..
    yang penting sentiasala senyum..



    Jumaat, 19 Ogos 2011

    ISLAM ITU INDAH...

    Doaku Untukmu...



    marilah kita sama2 mengambil ikhtibar dari kisah nie..
    ceq copy paste dari blog saudari nie
    kerana kisah nie menunjukkan Islam itu begitu indah..
    Islam tidak memaksa..
    Hiduplah dalam kesederhanaan, bersyukurlah dengan apa yang diberi olehNya
    jangan sekali-kali timbul riak dalam hati..
    sekiranya kita hidup dalam kesenangan berkongsilah bersama-sama dengan orang yang lebih memerlukannya
    ataupun cukuplah sekadarnya mendoakannya dengan hati yang penuh ikhlas..itu sudah mencukupi.. kerana doa adalah pemberian yang sangat berharga..
    hanya padaNya kita memohon..

    Bak kata.....
    Hidup ini perlu banyak memberi kerana sebaik-baik manusia adalah yang memberikan manfaat kepada manusia yang lain. Dan tidak semestinya pemberian itu hanya dari sudut kebendaan, doa adalah pemberian yang sangat berharga, lebih-lebih lagi doa yang tidak diketahui oleh penerimanya. Banyakkan bersyukur dengan apa yang kita ada, mungkin apa yang kita miliki sekarang adalah daripada doa orang lain kepada kita...


     Alkisahnya...

    Ahmad dan Ali adalah dua orang sahabat baik dan mereka tinggal berjiran. Kedua-duanya hidup dalam kemiskinan dan kesempitan. Setelah seharian berusaha, masing-masing akan berdoa. Begitulah kelaziman mereka berdua. Mereka akan singgah di masjid setiap kali habis bekerja untuk solat dan berdoa.

    "Apakah doamu pada hari ini?" tany Ahmad kepada sahabatnya, Ali.
    "Aku berdoa agar esok hari aku dimurahkan rezeki. Bulan ini perbelanjaanku lebih daripada biasa," jawab Ali.
    "Doamu?" Ali pula bertanya kepada Ahmad. Ahmad hany tersenyum tanpa berkata apa.

    Keesokan harinya, Ali memberitahu Ahmad berita gembira. "Alhamdulillah, doaku semalam telah dimakbulkan Allah. Majikanku beri bonus pada hari ini."
    "Alhamdulillah, hari ini kau akan berdoa apa pula?" tanya Ahmad.
    "Aku berdoa moga isteriku selamat bersalin." jawab Ali.
    Mereka berdua pun masuk ke dalam masjid lalu mengerjakan solat serta berdoa.

    Sejurus usai berdoa, Ali bertany, "Kau pula berdoa untuk apa hari ini?".
    Ahmad tersenyum, masih tidak menjawab.
    Beberapa hari kemudian, Ali memberitahu berita gembira. "Syukur isteriku selamat bersalin malam tadi. Nampaknya doaku makbul, Mad."
    "Alhamdulillah... Tahniah, Ali."
    "Aku berdoa juga agar anakku selamat," kata Ahmad dengan wajah muram.
    "Kenapa dengan anakmu?"
    "Anakku yang bongsu sakit, Ali. Keadaannya amat membimbangkan."
    "InsyaALLAH, kau doalah kuat-kuat sikit. Minta anakmu selamat," kata Ali.

    Beberapa hari kemudian, mereka berbual seusai solat seperti kebiasaannya.
    "Bagaimana dengan anakmu?" tany Ali.
    "Macam itu juga. Sudah beberapa hari tapi keadaannya cuma bertambah baik sedikit sahaja."
    "Doa banyak lagi Ahmad. Aku tidak sangka doaku sangat makbul. Hampir setiap yang aku doakan mustajab. Tapi kau......"
    "Kenapa dengan aku?"
    "Mad, aku lihat Ahmad doamu tidak mustajab." Ahmad tersenyum...
    Melihat Ahmad tersenyum, Ali semakin hairan lalu bertanya lagi, "Aku hairan, doamu tidak mustajab."
    "Sebenarnya doaku telah banyak dimakbulkan Allah. Syukur Alhamdulillah."
    "Doa yang mana? Sebab aku lihat tiada tidak ada apa-apa perubahan pada kau."
    "Doaku sejak dulu hanya untukmu sahabatku. Setiap hari aku berdoa agar Allah makbulkan setiap apa yang kau doakan padaNYA.

    Selasa, 16 Ogos 2011

    ~Rasa Nak letak Simen Je~

    malu...
    malu..
    malu....



    malunya ceq mana la nak letak muka ceq nie...
    adehhhhhhhhh laaa....

    terterbit di hati rasa macam nak letak simen je kat muka nie..
    huahuahuahua..T_T
    mau tebal 10 icin kot....
    nasib badan la ..haishhhh...
    asal la tidak ku terpikir sejenak bab tu...
    waduh-waduh bikin malu saja..
     (padan muka ang dayah kan dh malu diqi sendiqi)

    Pape pun benda dah berlaku.. XD
    biarkan sahaja ia berlalu tanpa perlu lagi berpaling belakang..
    tapi sebelum tu..
    ceq rasa nak jerit je...
    arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
    agrhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
    arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh



    huhuhuhuhuhu....
    key la tata...
    nak paksakn diri tido..
    disebabkn hal nie telah membuatkn ceq xboleh nak tido..
    nasib2..
    ^_^



    Rabu, 10 Ogos 2011

    ~Buah Hatiku~

    5 semuanya..Alhamdulillah
    1heroin
    4hero..


    Aina Umairah

    seorang yang nakal tapi tegas, garang macam achik dya..hehe
    ada ciri kepimpinan dalam dirinya..


     Afif  Daniel

    seorang yang manja kekadang cool je
    cukup suka berpakaian baju melayu ngn songkoknya..
    pantang dengan bantal ucuknya (janganla berani sapa amik)hehe


    Alif Haiqal

    seorang yang suka benor makan..
    pantang tengok orang makan mesti dya pun nak juga..
    masa kecik2 kuat nangis nie...


    Imran Baihaqi

    seorang yang pantang tengok orang pakai tudung,
    cepat je nak ikot..hehe
    kuat makan juga nie..


    Arif Haziq

    yang nie kecik lagi xtau la macam mana nanti
    apa yang penting kecik2 pun dah pandai nak tido atas orang je..hehe



    itula kelima-lima buah hati ceq..
    comey kan..hehe
    nak tau x buah hati ceq kata ceq nie garang..hoho
    (garangla sebab sapa suruh xdengar kata)
    wahai buah hatiku..
    walaupun achik garang achik tetap sayang korang semua ^_^
    peaceeeeeee....






    ~Istikharah cinta~


    sentiasa dengar lagu nie sebab best sangat..hehe
    layan lirik nya..
    wink2 ^_^

    Bersaksi Cinta Diatas Cinta
    Dalam Alunan Tasbih Ku Ini
    Menerka Hati Yang Tersembunyi
    Berteman Di Malam Sunyi Penuh Do'a

    Sebut Nama Mu Terukir Merdu
    Tertulis Dalam Sajadah Cinta
    Tetapkan Pilihan Sebagai Teman
    Kekal Abadi Hingga Akhir Zaman

    Istikharah Cinta Memanggilku
    Memohon Petunjuk-Mu
    Satu Nama Teman Setia
    Naluriku Berkata

    Dipenantian Luahan Rasa
    Teguh Satu Pilihan
    Pemenuh Separuh Nafasku
    Dalam Mahabbah Rindu

    Di Istikharah Cinta..


    Terpendam..

    Bismillahirahmanirrahim..

    Alhamdulillah..bertemu lagi kita dalam bulan yang mulia nie..
    Salam Ramadhan Al-Mubarak
    semoga ramadhan kali ini lebih bermakna..
    (agak terlambat meng'wish'kn nya..hehe)

    lama xconteng dsini..huhu
    nape??bz sangat kot lalala
    xdala,(sbb ati nie sakit sgt2) huahua
    xtau dimana nk ku luahkan..hmmm..
    baru teringat dh lama xconteng disini..
    (besala..ceq nie da penyakit ckit...penyakit pelupa) hehe
    Alhamdulillah stakat nie masih terkawal lg penyakit nie..
    syukur pda Allah s.w.t. ^_^

    Toin toin...
    kembali pada 'title' di atas..(cewahhh..speaking la pulak pe'ah nie..)hihi
    kembali siyes yea..hmm...
    TERPENDAM...
    jangan dendam dah la yea...
    dah lama pendem nie (cecece..baru 4minggu lama juga tu kan..kan melebihi dari 24 jam) hihi
    wokey...ceq nak kongsi sikit..hati ceq terasa sakit sangat2..huhu nape yea..?
    hmm..adakah mungkin seorang 'mamat' nie..huahua..sampai hati dya wat ceq macam nie? T_T
    apa salah ceq?? 0_o dah nak masuk 4minggu dah..hati ceq masih xtenteram nie..
    bayangan 'mamat' nie sering kelihatan pada pandangan mata ceq..( lagu mana ceq nak wat nie,kuaq sudah utaqa ceq)..
    kekadang ceq curi2 tengok profile dya, dalam hati nak add ke x nie yea..huhu
    Adakah mungkin ceq rindu sama dya?? maybe la kottttttt...(gataiii nohhhhh)XD
    sebabnya dya hadir dalam hidup ceq ketika susah dan senang (walaupun setiap kehadirannya mesti gaduh2..besala gaduh2 member tapi dya telah wat ceq sentiasa tersenyum..) tapiiiiii selama 4minggu nie dya xlagi hadir dalam hidup ceq..nape?? sebab dya dah remove ceq dari friend list facebook dya..huahuahua sedih sangat sebab masuk nie dah 2kali dya buat macam tu...Masa first dya remove ceq xdala terasa sangat tapi kali kedua nie hati ceq tetiba je rasa sedih bila dya wat macam tu..huhu..
    Lagi ceq terasa dengan dya, dya selalu berkomen2 dengan akak ceq..huahua..
    siyes ceq kata telah terdetik kejelesan dalam hati nie..XD... dah jeles apa lagi terus tido malas nak dengar akak ceq cita sal dya,kang xpasai2 ceq benci tahap gaban lak dengan dya..huhu =(

    Cukup dulula luahan hati ceq nie..
    mak dah bising kat dapur tu..hihi tata
    da masa ceq sambung balik...
    (Maaf yea bahasa campur2..kalu pening jangan baca,xsuruh baca pun..
    pape pun terima kasih juga la pada yang sudi membaca ( sapala nak baca perasan betoi pe'ah nie)