apa yang korang faham tentang penyakit? 0_o
seperti ramai yang tahu penyakit ialah dimana
keadaan tidak normal pada badan atau minda yang menyebabkan ketidakselesaan.
Kadang kala istilah ini menerangkan kecederaan, kecacatan, sindrom dan simptom.
Kini makin banyak penyakit yang merebak di kalangan manusia, pelbagai jenis penyakit timbul sejak akhir2 ini.Pelbagai langkah juga yang di ambil oleh kita untuk mencegahkannya kan.
nak kongsi sedikit maklumat tentang penyakit ini kerana ceq sendiri jugak mengalami penyakit nie..
nak tau penyakit apa... korang pernah dengar tidak penyakit Tiroid atau juga disebut penyakit kanser tekak.
Mungkin sesetengah dari korang tidak tahu kan..Ceq alami lama dah penyakit nie, kadang2 ceq sendiri pun terlupa yang sebenarnya ceq ada penyakit.Terdetik nak kongsi pun sebab baca paper hari nie terkeluar maklumat tiroid nie..huhu
Meh cetengok dan cebaca ^_^
nie gambaran tentang tiroid
Dalam keadaan normal pengeluaran T4 sekitar 80% dan T3 15%. Sedangkan yang 5% adalah hormon-hormon lain seperti T2.
Antara orang-orang yang berisiko menghadapi masalah penyakit kelenjar tiroid ialah:
- Perempuan
- Genetik
- Mengidapi sakit pituitari atau endokrin yang lain
- Usia lebih 60 tahun
- Merokok
Ada dua jenis penyakit tiroid yang utama:
- Hipertiroid
- Hipotiroid
Dalam kes hyperthyroidism / thyrotoxicosis, hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :
- Grave's disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan
- Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri
- Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan
* Bengkak di leher
* Cirit birit
* Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
* Haid tidak teratur, haid kurang atau tidak datang
* Kesuburan turun
* Konsentrasi kurang
* Kulit lembap
* Lemah
* Mata menjadi besar (bulging)
* Mood yang tidak menentu
* Muscle cramp
* Nervous dan gelisah
* Oesteoporosis (kereputan tulang)
* Pengeluaran peluh banyak / bertambah
* Rambut tidak kuat
* Suhu badan naik
* Sukar bernafas
* Sukar tidur
* Tak tahan panas
* Tekanan darah naik
* Tremor (menggeletar)
* Turun berat badan walaupun selera naik
Tanda-tanda orang yang menghidapi hypothyroidism:
* Badan rasa lemah
* Daya ingatan menurun
* Hilang deria rasa dan bau
* Kadar pengepaman jantung perlahan
* Kulit jadi kuning - lesu, pucat
* Kulit kering
* Masalah kesuburan
* Menjadi pekak, tinitus (telinga berbunyi)
* Muscle cramp dan bengkak
* Myxedema - cecair keluar ke tisu menyebabkan puffiness (terutamanya di muka)
* Pendarahan haid banyak (heavy period)
* Percakapan lambat
* Pertambahan berat badan
* Rambut gugur
* Rasa mengantuk
* Rendah nafsu seks
* Sakit kepala
* Sembelit
* Suara menjadi serak
* Tak tahan sejuk
Wokey.. dah baca kan..tula serba sedikit maklumat yang dapat ceq kongsikan, semoga korang semua mendapat serba sikit maklumat tuk pengetahuan korang dan dikongsikan bersama sanak saudara. Mungkin mak ayah,abang kakak, kawan-kawan atau pun saudara mara sekalian.
Semoga kita semua tidak leka dengan semua nie,walaupun kita menganggap penyakit yang dialami tidak merbahaya tetapi jangan sekali-kali kita ambil mudah dengan penyakit yang kita alami. Cubalah ikhtiar walau macam mana sekali pun..mungkin dengan cara perubatan moden ataupun perubatan tradisional sekali pun kerana setiap penyakit pasti ada penawarnya. Insya Allah..
yang menyembuhkan adalah hak ALLAHs.w.t. Kita sebagai hambaNya hanya mampu berusaha,berdoa dan bertawakal.
Jangan mudah putus asa yea..
yang penting sentiasala senyum..


Tiada ulasan:
Catat Ulasan