Selasa, 19 Mac 2013

Jiran sebelah

Life di studio cukup indah walaupun kekadang pahit rasanya
tula kehidupan aku sebagai seorang pelajar bacelor rekabentuk perindustrian selama 3 tahun
7 hari 7 malam hanyala di studio.. tiada istilah cuti minggu buat kami..
masih aku ingat lagi sambutan tahun baru hanyala di depan laptop,makan pun depan laptop, tidur pun depan laptop..haha namun...
ia memori yang cukup indah..xsemua orang yang dapat menikmati pengalaman sebegitu kan..
dapat jiran sebelah yang kaki kartunis.. cukup menghiburkan hati.. ada saja lukisan yang dilukisnya..
lihatla hasil lukisan nya..

tadaaaaa....


siap mention lagi..hoho



siapala gerangan dihati "jiran sebelah" nie..hehe
wait and see

cantikkan lukisannya..



last aku paling suka kartun nie..
"jiran sebelah" lukiskan khas untuk aku..wink2 suka sangat..

Vanness namanya watak dalam Lawak Kampus..sapa layan lawak kampus mesti tau punya..
elokla kan.."jiran sebelah " nie pulak suka watak Aditas..hehe sesuai sangat la..

Jiran sebelah namanya Siti Naqiah..suka sangat panggil dia jiran sebelah sebab meja dia bersebelahan dengan meja ceq..hehe orangnya baik sekali..sangat comey dengan kaca mata nya ^_^.. kalu ingin berkenalan cari la dia dimuka buku.. Horatio syn nama fb nya..hehe



Ahad, 17 Mac 2013

Kantoiiiiiii

Haish...
selalu benor kantoi ngn dia..


maluuuuuuuu nya..
diam-diam dia stalker blog ceq yea.. haha
adoiiiii.... nie kalu jumpa depan2 nie mau lari jauh2..
xpun tampal 10kali simen kat muka nie..huhu

Pape pun..Alhamdulillah..
hanya itu yg mampu aku ucapkan..
xleh taip lebih2 kang da la nnt..bahaya..bahaya...lala

Sahabat..

maafkan aku..
kekadang aku xsedar melukakan hatimu sahabat..
aku alpa..hanya memikirkan perasaan sendiri saja..


aku sedar..aku xsempurna..aku sering kali melakukan kesilapan...
mungkin tanpamu sahabat aku tiada siapa-siapa disini..
mungkin tanpamu sahabat aku keseorangan menjalani kehidupan disini..
mungkin tanpamu sahabat aku xmengenal erti persahabatan..
mungkin tanpamu sahabat aku kecundang menghadapi setiap masalah yang mendatang..

Sahabat..
hadirnya engkau dalam diri ini amat aku hargai..
engkau selalu ada ketika aku susah dan senang..
pengorbanan yang engkau berikan sebagai sahabat cukup bermakna buat diriku..
aku memohon maaf andai kata aku sengaja atau tidak sengaja menyakitikan hatimu sahabat..
engkau lah sahabat aku dunia akhirat..
engkau sentiasa disampingku walau sekadar menjadi peneman disisi..
walau hanya menjadi pendengar setia disisi ini..
amat aku hargai kehadiranmu disisiku ini..

Sahabat..
andai kata suatu hari nanti ditakdirkan kita berpisah..
biarlah ajal maut yang pisahkan kita..
aku tidak mungkin selalu ada disisi mu namun engkau selalu ada di hatiku ini..
aku sayang mu sahabat kerana Allah taala..
semoga persahabatan kita kekal dunia akhirat..
semoga persahabatan kita diberkati oleh Nya..Aamiin..



Sabtu, 16 Mac 2013

Awak takkan tahu

Awak takkan tahu ,
bila saya tak mesej dengan awak
saya akan baca berkali-kali
conversation
antara awak dan saya dan
tersenyum sendiri .

Awak takkan tahu ,
bila saya online Facebook ,
saya akan stalk wall Facebook
awak and tengok pictures
awak berkali-2 sehinggalah saya
log out .

Awak takkan tahu ,
saya stalk Facebook awak sampai
ke first post awak ,
mula-2 awak buat Facebook .

Awak takkan tahu ,
everytime saya fikirkan awak .
Termasuklah sebelum tidur saya
just bayangkan awak .

Awak takkan tahu ,
setiap mesej awak kat saya yang
bagi saya sweet
saya simpan dalam folder .

Awak takkan tahu ,
Betapa saya rindukan awak..




Jumaat, 15 Mac 2013

You Are My Sunshine


Cukup setahun aku berkawan rapat dengan dia walaupun dh 3 tahun kenal ..tidak akan aku lupakan 5/3/2013(walaupun dh lepas..xkisahla nk story jgk) ia adalah hari ulangtahun perkenalan kami yang pertama. ehem..ehem..perkenalan ke?? pape jela hanya aku dan dia saja yang tau..Walaupun antara kami tidak pernah berjumpa, namun tiada sebab atau alasan aku dan dia untuk terus berkawan walau sekadar dimukabuku...Percaya atau tidak itu yang berlaku. Semua ini takdir Allah untuk hambaNya. Makin lama kita berkawan dengan seseorang itu makin lama kita kenal siapa dia yang sebenarnya. Yang penting sekali dalam perhubungan adalah kejujuran, keikhlasan dan kepercayaan .Jujur bila berkawan InsyaAllah semuanya dipermudahkan. Biar pun jujur itu meyakitkan tapi sakitnya hanya sekejap daripada tipu untuk bahagia namun sakitnya tipu itu lebih lama, lebih terasa peritnya dan lebih susah untuk dimaafkan.
Bab kepercayaan, pernah juga terlintas kenapa aku boleh percaya dia tapi hati dan perasaan aku tidak dapat beri jawapan, hanya Allah yang tau apa yang aku rasa. Allah lebih mengetahui..yang pasti aku memang percayakan dia. Kekadang ada juga kata-kata dari kekawan yang membuatkan hati aku berbolak balik untuk percayakn dia namun cepat2 aku buangkan rasa itu kerana aku yakin akan dia. Harapan aku semoga hubungan ini berlandaskan atas cinta Allah.



Adatla kan dalam berkawan mesti ada pergaduhan walaupun kecil.Makin lama berkawan makin kerap lak bergaduh kan. Kekadang tu entah pape je sebab bergaduh..xda motif langsung.. aku la suka sangat cari pasai, dh tu nk tacing xpasai2..adeh la 


da gak orang macam tu kan..huhu tapi aku tacing2 pun aku cepat rasa bersalah..huahua T_T dh tu xtau nk wt cmna sebab aku xboleh lama gaduh ngn dia, aku rindukan dia....


 Tidak boleh kalu sehari tidak berhubung dengan dia. Awak saya minta maaf.. :'(




 Bahaya betoi pinangan cinta ini kan. Kahwin kn jela anak nie mak oiii...gatai benor dh :p huhu..tp aku bersyukur alhamdulillah kerana hubungan aku ini mendapat restu dari keluarga aku..Harapan aku semoga hubungan ini kekal Aamiin. Aku bersyukur kerana dia begitu sabar dengan karenah aku yang kekadang entah pape nie. Terima kasih awak kerana sentiasa sabar dan sentiasa ada dengan saya ketika susah dan senang.


akhir sekali.. <3 <3 <3