Assalamualaikum
Alhamdulillah setelah 7bulan berlalu, kini baru aku mendapat kekuatan kembali untuk mencoret menconteng di blog kesayangan..Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh yang Maha Esa untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini, banyak suka duka dalam perjalanan kehidupan seseorang manusia,
sungguh cepat masa berlalu, pejam celik pejam celik rupanya tahun 2014 makin kian ke pertengahan tahun.
7bulan lamanya aku kumpulkan kembali segala kekuatanku untuk menerima yang ia benar tetapi hati ini..perasaan ini kadang kala tidak dapat menerima hakikat, tidak dapt menerima realiti, namun aku sebagai hamba Allah dimuka bumi ini harus dan akur serta redha dengan segala ketentuan oleh Nya.
Terimbas kembali pada minggu 31/8/2013 aku mengupdatekan pasal perubatan dan 7/9/2013 kami sekeluarga pergi berubat dan 9/9/2014 kami kehilangan orang yang tersayang dalam keluarga ini.Tarikh2ini memberi kesan terhadap aku setiap kali aku buka blog,tarikh yang sangat dekat, masihku ingat pada 7/9 aku memang nak update blog tetapi tiak dapat meneruskan niatku itu, rupanya ia nk aku berikan masa terakhir untuk dia akakku tersayang Wan Faizura yang telah pergi mengadapMu pada malam 9/9/2013. Saat terakhir dia pergi didepan mataku depan mata emak dan ayah. Tiada siapa jangka tiada siapa duga kesakitan teruk yang dialami cuma 2hari dan selepas itu dengan mudahnya dia pergi mengadap illahi.
Kak kalu kamu masih ada.Sesungguhnya adikmu nie memohon maaf segala2nya akakku. Kak sebenarnya seorang kakak yang sangat baik, adik kak nie yang nakai..selalu cari pasal, gaduh bagai dengan kak, selalu xsetuju angin,selalu ada je xkena bila ngn kak. Maafkan adikmu ini.Kini bila akak dah tiada rasa menyesal pun tiada gunanya lagi.
Saat terakhir engkau pergi, sejak itu juga diri aku terasa berada dalam mimpi, terasa yang ia tidak benar sama sekali..astarghfirullah xpatutnya aku rasa macam tu..takdir Allah dh menentukannya,kekadang aku xdapat terima kenyataan.Namun itu hakikat sebenarnya. Dulu pernah terlintas dalam fikiran aku, bagimanakah suatu hati nanti bila kehilangan insan2 yang aku sayang? dapatkah aku hadapinya? dan kini aku dah alaminya, aku dah rasa..Ya Allah..sesungguhnya Allah yang Maha Mengetahui rasa ini. Al Fatihah..semoga rohmu tenang disana akakku tersayang.Amin
p/s cukup dulu setakat ni, sememangnya banyak yang aku nk coretkan, banyak kisah2 suka duka sepanjang 7bulan lalu tetapi air mata makin kian laju menuruni membasihi pipi,bila ada kesempatan lagi insyaAllah akan aku coretkan kembali.
Selamat malam dunia..jangan lupa baca doa dan 3kul..tenangkan fikiran memaafkan setiap orang sebelum tido.. :D