Jumaat, 17 Jun 2011
KebesaranNya..
Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurgaKerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat...♥
Alhamdulillah..kita brtemu lg dcnie..
dh bca kn kata2 puisi diatas smbil telinga anda dsajikn lagu yg syahdu nie ^_^...
xdnafikn ramai perempuan2 dluar sna ingin brsama2 dsmping org yg dcntai n dsyangi..
tp sblum kita brtemu dgn orng yg benar2 tuk kita..
pastinya kita brtemu dlu dgn ORANG YANG SALAH..knapa? mngapa?
hanya Allah s.w.t yg maha mengetahui segala2nya tuk para hambanya..
Namun dari segi pemikiran yg positif tuk kita sebagai manusia dberi akal fikiran tuk
berfikir bahawa ada hikmahnya d sbalik dugaan yg dberi..
sebagai contoh...
~supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.
~supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
~supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.
~supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.
~supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.
~supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
Oleh itu, wahai para sahabatku,jgnla sesekali kecewa n putus asa..
sentiasala berdoa pda yg satu krna sesungguhnya Allah"malu" tuk menolak
permintaan hamba-Nya yg sentiasa menadah tgan memohon pengharapan
hanya kpd-Nya..
Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akanNYA.
Secebis doa wat tatapan kalian..
Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...
Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...
Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...
Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...
Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...
Amin...Ya rabbal 'aalamin
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


moga2 kita dipertemukan jodoh yang dpt mmbimbing kita dunia dan akhirat...
BalasPadamAmin...Ya rabbal 'aalamin
BalasPadam